Untuk renungan bersama ......
cerita ni saya dapat dari kawan kat dalam fb..suka saya ingin berkongsi cerita ini untuk tauladan kita semua..yang baik kita tingkatkan lagi jadi baik,manakala yang tidak baik sama-samalah kita tinggalkan dan berusahalah ke arah keredhaan Allah..cerita ini memang agak panjang,tapi diharapkan kawan-kawan banyak lah bersabar dan seboleh-bolehnya kita mengambil iktibar...
ceritanya bermula,,,
Selama hampir sembilan
tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji
dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik.
Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang
pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.
Ianya
berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan
30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya
menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih
menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya
balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.
Saya
menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah
Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah,
cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak. Walaupun masih
muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan
jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam
keluarga..
Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita
tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut
dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama
mereka mengerjakan haji.
Sebaik sampai, saya membawa
mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah,
segalanya berj alan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di
Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang
demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit..
Tapi
tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah,
tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang
dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke
arah wanita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah
yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi
cemas.Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.
"Badan
dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong
saya...kita bawa dia kehospital," kata saya.Tanpa membuang masa, kami
mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang
terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar
ke tempat penginapan masing-masing.
Sampai di hospital
Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha
dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal.
Sehinggalah ke petang,wanita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas
mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan
menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui
perkembangan wanita tersebut.
Bagaimanapun, saya
diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu
masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah
pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.
Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu
dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut
sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya
berbanding hospital Madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak
berhasil.
Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak
pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi
saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul
Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma.
Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu,
saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.
Selepas
dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut
matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi
sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya
dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut
sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba
menangis??
Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa
kakak menangis?" "Mazlan... kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak
takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul
taubat."
"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak
bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis
teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia
bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian,
cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya,
"Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang
putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan
saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak
puasa, semua am alan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.
Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.
"Habis yang kakak pergi haji ini?"
"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."
"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.
Dengan
suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan, "Mazlan...Allah itu
Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab
dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah
kakak buat selama ini.
"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.
"Betul
Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang
balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan
syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak
pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarikdengan bara
api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya.
Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."
"Bukan
itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang
dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini... putus, jatuh
ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan
main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke
dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan
pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.
Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.
Dengan
suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran,
wanita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut
kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut
kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasaseperti
menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh
nak diceritakan. "sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis
teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.
Saya
pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali
balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...kakak ni nama saja
Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judidan segala macam dosa
besar.
Kerana kakak suka makan dan minum apa yang
diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi
makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu
melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab
kakak betul-betul lapar. "Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya
menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut
kakak.
Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa
sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut
kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan
bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut,
seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.
Panasnya
cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama
dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman,
tapi...kakak dihidangkan puladengan minuman yang dibuat dari nanah.
Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat
dahaga.Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah
kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."
Saya
terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun.. Terasa sungguh
kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah
supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk
hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata
kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu.
Kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh.
Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala
kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji,akan
sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.. "
Saya
termenung mendengar cerita wa nita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung
dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada
balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita
terima, kalau buruk am alan kita, maka azablah kita di akhirat kelak.
Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah..
"Ini
bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu
sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan
kakak dahulu. Kakak bertaubat... kakak taubat nasuha," katanya sambil
menangis-nangis.
Sejak itu wanita berkenaan benar-benar
berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling
warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu
pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya
semula selepas sembahyang subuh.
"Kakak...yang kakak
sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri
kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat
ke..." tegur saya.
"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah
kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wa nita itu,
sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan
semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.
Selain itu
dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan
melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan
perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya
menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan
kesihatannya.
"Tak boleh Mazlan.. Kakak takut...kakak dah
merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau
Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak.Kakak
betul- betul bertaubat."
Wa nita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan,
kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah
pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai
seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi
macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri
ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan
kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa.
Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini,
bermakna kakak mendapat 10 dosa."
"Tapi Mazlan,
rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok
rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10
orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau
hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah..."
"Kakak
berazam , balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz
supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak
nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada
nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk
Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi
seperti orang bukan Islam."
Sejak balik dari haji itu,
saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut.
Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar
solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa
koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong,
kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?
Satu lagi,
cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang
digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia
bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat
membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan
pahala,syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah
meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa
"Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal.... .
" itu dah terlambat.
REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN
WAKTU
KAYA SEBELUM MISKIN,
WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK,
WAKTU SIHAT SEBELUM
SAKIT,
WAKTU MUDA SEBELUM TUA,
DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI