saya nak jadi isteri yang solehah...

Mulianya seorang isteri disisi Allah…

Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri 

ini pada keluarga, suami dan anak-anak. Rugi dan 

binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri 

mereka kerana isteri inilah yang akan membantu 

mereka di akhirat kelak.







Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka…..
Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan 

Allah… sebagai pengeluar 'manusia'.Tiap-tiap bulan diberi cuti bergaji penuh… 

7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap 

diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. 

Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .sembahyang wajib baginya dari 

baligh sehingga habis nyawanya.
Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah 

sentiasa mengampunkan dosanya, lahir saja bayi seluruh dosanya habis. 

Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak 

melahirkan anak?
Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu 

bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk 

orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, 

semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra 

yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. 

Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis 

ilmu, bersedekah.. ganjaran Allah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak 

masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami 

untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri 

boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut 

selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, 

segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi 

dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak 

derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. 
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.


0 yang ambil perhatian:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...